All Categories

Soal Jawab

STORYKIT SET 2 IN 1

Q: Berapakah item yang terdapat dalam Storykit Set?

A: 2 item iaitu Glutatin White Facial Bar 70gm, Glutatin Perfect Cream 15gm

 

Q: Skincare Storykit Set ini boleh tahan berapa lama?

A: Skincare Storykit Set ini boleh tahan 3-4 minggu bergantung kepada kekerapan penggunaan pengguna.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi merkuri, hidroquione dan paraben?

A: Tidak ada. Produk ini berasaskan bahan semulajadi dan tidak merosakkan kulit wajah.

 

Q: Adakah Skincare Storykit Set sesuai untuk kulit sensitif?

A: Ya sesuai kerana sabun ini tiada bahan kimia berbahaya.

 

Q: Sebelum saya guna Skincare Storykit Set, perlu tak saya rehatkan kulit muka?

A: Ya. Jika anda pernah menggunakan produk Skincare yang mengandungi krim siang atau malam digalakan untuk anda merehatkan kulit muka selama 1 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda. Jika anda menggunakan hanya pencuci muka biasa, tidak menjadi masalah untuk meneruskan penggunaan Storykit Set seperti yang dicadangkan.

 

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?

A: Anda boleh pakai compact powder, masker dan skrub daripada bahan semulajadi.

 

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?

A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan semula jadi dan merawat kulit secara semulajadi tanpa merosakkan struktur kulit.

 

Q: Saya dah guna 1 Skincare Storykit Set ini, kenapa kulit muka saya naik jerawat?

A: Jika kulit muka naik jerawat, jangan pakai Glutatin Perfect Cream diseluruh muka. Ini berlaku disebabkan masalah penggunaan berlebihan. Saya mencadangkan agar anda memakai ditempat jerawat sahaja sehingga jerawat anda benar-benar kecut. Pakai Glutatin White Facial Bar sehingga kulit wajah bebas dari jerawat.

 

Q: Saya sudah pakai Glutatin White Facial Bar dan kulit saya kini bebas daripada jerawat. Bolehkah saya guna Glutatin Perfect Cream, Glutatin Recovery Whitening Toner dan Glutatin Magic Glow Foundation?

A: Ya, boleh. Jika selepas menggunakan Glutatin Perfect Cream, Glutatin Magic Glow Foundation dan Glutatin Recovery Whitening Toner wajah anda naik jerawat semula, behenti menggunakannya dan guna Glutatin White Facial Bar sahaja.

 

Q: Adakah Storykit Set ini boleh membantu masalah kulit jeragat?

A: Ya, ia boleh membantu mengurangkan pigmentasi / jeragat pada kulit wajah.

 

Q: Berapa lamakah saya perlu menggunakan Raysha Skincare Set untuk mendapatkan kulit bebas jerawat dan cerah?

A: Kesan berbeza-beza ke atas individu dan bergantung kepada masalah kulit masing-masing. Jika kulit anda tiada masalah yang serius, kesan boleh dilihat seawal 1-2 minggu dan ada juga dalam tempoh 2-3 bulan.

 

Q: Kulit saya berminyak dan kusam, adakah produk ini boleh membantu mengatasi masalah ini?

A: Ya boleh. Fungsi produk ini untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kusam dan kulit berjerawat.

 

Q: Golongan umur berapakah produk ini sesuai dipakai?

A: Produk ini boleh dipakai dari umur 13 hingga 50 tahun ke atas.

 

Q: Lelaki dan perempuan boleh pakai produk ini?

A: Ya, lelaki dan perempuan boleh menggunakannya.

 

Q: Produk ini mesra wuduk dan boleh dibawa solat?

A: Ya, mesra wuduk dan boleh dibawa solat. Glutatin Perfect Cream dan Glutatin Recovery Whitening Toner bersifat air, manakala Glutatin Magic Glow Foundation sangat mudah dicuci.

 

Q: Produk ini ada kelulusan KKM?

A: Ya, sudah semestinya ada.

Glutatin Whitening Facial Bar : NOT170400433K

Glutatin Perfect Cream : NOT170400434K

Glutatin Recovery Whitening Toner : NOT170505702K

Glutatin Magic Glow Foundation : NOT170505701K

 

Q: Saya menggunakan produk ini dalam masa yang sama saya juga menggunakan krim jenama lain. Adakah ia dibenarkan?

A: Sebaiknya kami tidak galakkan anda mencampur produk lain kerana dibimbangi berlaku tindak balas seperti naik jerawat.

 

Q: Kalau kulit saya kering, apa yang perlu saya pakai?

A: Anda boleh gunakan Glutatin Perfect Cream dan jangan biarkan lama sabun di muka sebelum bilas. Minum banyak air kosong, minimum 3 liter sehari.

 

Q: Adakah produk Raysha Skinz repack atau kimbang kilo?

A: Tidak, produk Raysha Skinz diformulasi dan di R&D di kilang sebelum dikeluarkan dan tekstur produk tidak sama dengan produk timbang kilo.

GLUTATIN WHITE FACIAL BAR

Q: Adakah Glutatin White Facial Bar selamat digunakan?

A: Ya, selamat digunakan kerana bahan dalam produk ini bebas bahan kimia berbahaya. Bebas merkuri, hydroquinone dan paraben.

 

Q: Apakah bahan utama yang terkandung dalam Glutatin White Facial Bar ini?

A: Bahan utama tersebut adalah Glutathione, Vitamin C, Bearberry, Aloe Vera, Vanila dan Herba-Herba terpilih.

 

Q: Glutatin White Facial Bar boleh tahan berapa lama?

A: Glutatin White Facial Bar boleh tahan 2-3 bulan bergantung pada kekerapan penggunaan pengguna.

 

Q: Adakah Glutatin White Facial Bar boleh digunakan untuk badan juga?

A: Ya boleh.

 

Q: Adakah Glutatin White Facial Bar sesuai untuk kulit sensitif?

A: Ya sesuai kerana sabun ini tiada bahan kimia berbahaya.

 

Q: Sebelum saya guna Glutatin White Facial Bar, perlu tak saya rehatkan kulit muka?

A: Ya, anda perlu rehatkan kulit muka selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda.

 

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?

A: Anda boleh pakai compact powder, masker dan skrub daripada bahan semulajadi.

 

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?

A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan semula jadi dan merawat kulit secara semulajadi tanpa merosakkan struktur kulit.

 

Q: Saya dah guna produk ini, kenapa kulit muka saya naik jerawat?

A: Ini adalah proses pemulihan kulit, jadi teruskan pakai Glutatin White Facial Bar sehingga jerawat kecut.

 

Q: Selain daripada Glutatin White Facial Bar, apa yang boleh saya pakai untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat?

A: Anda boleh pakai Glutatin Perfect Cream, Glutatin Magic Glow Foundation dan Glutatin Recovery Whitening Toner untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat.

 

Q: Saya menggunakan produk ini dalam masa yang sama saya juga menggunakan krim jenama lain. Adakah ia dibenarkan?

A: Sebaiknya kami tidak galakkan anda mencampur produk lain kerana dibimbangi berlaku tindak balas seperti naik jerawat.

 

Q: Saya ada anak kecil yang menghidap eczema. Adakah sabun ini sesuai dan selamat dipakai pada anak saya?

A: Ya selamat dan sesuai kerana sabun ini mengandungi bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi SLES.

 

Q: Saya baru menggunakan Glutatin White Facial Bar, kenapa kulit saya jadi kering selepas cuci muka?

A: Jika kulit anda kering, seeloknya anda menggunakan Glutatin Perfect Cream bagi melembapkan semula kulit wajah dan minum banyak air kosong, minimum 3 liter sehari.

GLUTATIN MAGIC GLOW FOUNDATION

Q: Apakah fungsi utama Glutatin Magic Glow ini?

A: Fungsi utama Glutatin Magic Glow ini adalah membantu melindungi kulit wajah dari sinaran UV dan mengurangkan pigmentasi.

 

Q: Adakah Glutatin Magic Glow ini boleh dibawa solat?

A: Ya Glutatin Magic Glow ini mesra solat. Anda hanya perlu cuci muka seperti biasa dan tidak perlu menggunakan sabun atau makeup remover ketika wudhuk.

 

Q: Saya berusia 40 tahun keatas, adakah saya sesuai pakai Glutatin Magic Glow ini?

A: Ya sesuai kerana ia boleh digunakan dari lingkungan umur 13 tahun ke atas.

 

Q: Bolehkah saya pakai Glutatin Magic Glow sahaja tanpa perlu pakai apa-apa bedak lain?

A: Ya boleh, anda boleh pakai Glutatin Magic Glow sahaja untuk keluar rumah. Walau bagaimanapun anda boleh apply bedak compact untuk nampak kesan lebih flawless.

 

Q: Waktu bilakah saya perlu pakai Glutatin Magic Glow ini?

A: Anda boleh pakai Glutatin Magic Glow setiap kali sebelum keluar rumah bagi melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi silikon?

A: Produk ini tidak mengandungi silikon dan selamat digunakan.

 

Q: Saya sudah menggunakan Glutatin Magic Glow ini, tetapi setiap kali saya pakai mesti naik jerawat. Apa yang perlu saya buat?

A: Apa yang anda perlu buat adalah anda hentikan sementara penggunaan Glutatin Magic Glow. Anda boleh pakai bedak compact atau hanya cuci muka dengan Glutatin White Facial Bar sahaja jika keluar rumah. Ini kerana pori-pori anda tersumbat dengan habuk dan masaalah hormon. Antara tips yang boleh dibuat ialah. 1) Elakan sentuh muka dengan jari yang kotor. 2) Elakan makan makanan berminyak. 3) Jangan picit jerawat dengan kuku.

GLUTATIN RECOVERY WHITENING TONER

Q: Apakah fungsi utama Glutatin Recovery Whitening Toner?

A: Fungsi utama Glutatin Recovery Whitening Toner adalah mencerah dan merawat bakteria jerawat, bintik hitam dan mengecilkan pori.

 

Q: Muka saya berminyak ketika bangun pagi, adakah toner ini boleh kurangkan minyak di muka saya?

A: Ya boleh, ia akan mengurangkan pengeluaran sebum pada waktu malam dan buat kulit lebih segar bila bangun dari tidur.

 

Q: Waktu bilakah sesuai pakai toner ini?

A: Anda boleh pakai selepas apply Glutatin White Facial Bar sebelum tidur.

GLUTATIN GLOWSHINE BODY LOTION SPF UV35+

Q: Apakah fungsi utama Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion ini?

A: Fungsi utama Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion ini adalah membantu melindungi kulit tangan & seluruh badan dari sinaran UV dan mengurangkan sunburn serta dijerawat dibadan dengan SPF UV35++

 

Q: Adakah Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion ini boleh dibawa solat?

A: Ya Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion ini mesra solat. Anda hanya perlu cuci tangan seperti biasa dan tidak perlu menggunakan sabun atau sebarang remover ketika wudhuk.

 

Q: Waktu bilakah saya perlu pakai Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion ini?

A: Anda boleh pakai Glutatin Glowshine Whitening Hand & Body Lotion setiap kali sebelum keluar rumah bagi melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari.